Pulau Pinang

Bagi mereka yang ingin mencari tempat bersejarah di Pulau Pinang,ada beberapa destinasi menarik yang boleh anda kunjungi baik destinasi seperti muzium mahupun destinasi seperti mercu tanda, memorial dan juga monumen bersejarah. Di bawah merupakan kesemua tempat menarik di Penangyang bersejarah yang boleh anda kunjungi kalau bercuti ke sini kelak baik bersama keluarga mahupun bersama rombongan sekolah untuk lawatan sambil belajar.



FORT CONVALIS, PADANG KOTA LAMA

Fort Convalis antara tempat bersejarah yang paling terkenal di Pulau Pinang. Kubu Cornwallis ini terletak di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Georgetown dan merupakan sebuah kubu lama bersejarah yang telah dibina sekitar tahun 1876 oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris.

 

MUZIUM PERANG

Muzium perang ini dianggap antara tempat paling berhantu di Asia.  Tempat bersejarah di Pulau Pinang ini sebesar 20 ekar dan terletak di Mukim 12, Batu Maung.  Ia dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 11 malam.


MUZIUM KAMERA

Tempat bersejarah di Pulau Pinang ini sangat sesuai bagi kaki fotografi. Muzium Kamera ini sudah tentu menjadi tempat wajib yang perlu dikunjungi supaya anda dapat melihat sejarah dan koleksi-koleksi kamera lama.



RUMAH P.RAMLEE

Siapa yang tidak kenal dengan P Ramlee? Beliau adalah seorang Seniman Agong Negara suatu masa dahulu dan sehingga kini masih menjadi sebutan ramai. Anak seni kelahiran Pulau Pinang ini sememangnya telah banyak menyumbang kepada industri hiburan tanah air terutamanya di Asia Tenggara.



MASJID KAPITAN KELING

Masjid ini telah bertapak di sini sejak sekitar tahun 1801 yang dibina bagi menampung jemaah masyarakat India muslim yang semakin bertambah di Pulau Pinang. Rekabentuk senibina bangunan masjid yang ikonik ini memang sangat cantik dan unik.


sumber rujukan; https://ammboi.my/tempat-bersejarah-di-pulau-pinang/


 

 

No comments:

Post a Comment

Pengenalan

Tempat bersejarah  di Malaysia yang terkenal banyak boleh anda temui jika bergerak dari satu negeri ke satu negeri seluruh Malaysia. Sungguh...