Melaka


Negeri Melaka adalah salah satu tempat bersejarah yang paling terkenal.Ramai pelancong dari luar negara datang ke sini untuk melihat sendiri tinggalan sejarah yang ada.



KOTA A’FAMOSA

Destinasi yang turut dikenali sebagai Pintu Gerbang Santiago ini merupakan tempat bersejarah di Melaka yang paling popular yang sering menjadi ikon pelancongan negeri Melaka dan dijadikan imej utama untuk poskad-poskad dan setem-setem dari Melaka. Kubu pertahanan ini dibina pada 1511 sejak era penjajahan Portugis lebih kurang 500 tahun yang lalu. Terdapat juga sebuah replika meriam dan statu patung St. Francis Xavier di atas bukit yang menempatkan Gereja St Paul.



MUZIUM SAMUDERA

Sebuah muzium yang unik dan segala pameran ditempatkan di dalam replika kapal perang Potugis. Terletak tidak jauh dari Jonker Street. Muzium Samudera ini juga dikenali dengan nama Flora de la Mar Maritime Museum dan pasti memberikan pengalaman yang berbeza untuk satu destinasi yang dianggap sebuah muzium. Yang pasti anak-anak pasti teruja berada di atas dek muzim ini sambil bergambar dengan perkakasan kapal layar ini

.

GEREJA ST JOHN

Gereja lama ini dibina pada tahun 1521 oleh tentera Portugis sebagai tempat ibadah. Lokasinya terletak di atas Bukit St John bersebelahan dengan Kota A Famosa. Binaan bangunan yang hampir 500 tahun usianya ini masih kekal sehingga kini walaupun melalui beberapa fasa peperangan. Pelancong juga boleh melihat pemandangan menarik Bandar Hilir Melaka dari puncak bukit di sini. Sebelum penjajahan Portugis, bukit ini dikenali dengan nama Bukit Melaka dan menjadi tempat Sultan Melaka memerhati keadaan pelabuhan di muara Sungai Melaka.


MUZIUM SENIBINA MALAYSIA

Merupakan salah satu daripada puluhan muzium di Melaka yang berlainan fungsinya di mana destinasi ini menempatkan pelbagai replika rumah lama Melayu yang ada khususnya di Melaka. Destinasi ini lebih tertumpu kepada sejarah seni bina rumah dan perkakasan untuk membina rumah tradisional orang dulu-dulu. Bangunan muzium ini merupakan sebuah bangunan Belanda yang lama dan mempunyai 2 tingkat.


MUZIUM KAPAL SELAM

Bagi yang ingin merasai berada dalam kapal selam yang sebenar, bolehlah datang ke sini dan yang lebih menarik ada juga pakej untuk mereka yang ingin bermalam di dalam kapal selam yang dibina tahun 1979. Kapal selam lama ini masih dalam keadaan yang baik dan di dalamnya mempunyai aircond. Sesuai untuk datang ke sini pada waktu tengahari.


sumber rujukan; https://www.caridestinasi.com/tempat-bersejarah-muzium-mercu-tanda-melaka/

No comments:

Post a Comment

Pengenalan

Tempat bersejarah  di Malaysia yang terkenal banyak boleh anda temui jika bergerak dari satu negeri ke satu negeri seluruh Malaysia. Sungguh...