Kelantan


Kelantan yang dikenali sebagai Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu adalah berasal daripada perkataan “kilatan” atau “kelam hutan” atau “gelam hutan”. 
Kelantan pada awalnya diperintah oleh raja perempuan pertama bergelar “Seri Maharaja Puteri” iaitu Cik Siti Wan Kembang, diikuti oleh Puteri Saadung (anak angkat Cik Siti Wan Kembang) dan raja-raja seterusnya. Mari kita lihat tempat bersejarah yang ada di negeri ini .


MASJID KAMPUNG LAUT

Masjid Kampung Laut ini terletak di Pusat Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) Nilam Puri dan diiktiraf oleh Jabatan Arkib Negara sebagai masjid tertua di Asia Tenggara. Masjid Kampung Laut ini juga dibina sekitar kurun ke-18 tanpa menggunakan paku dan struktur binaannya.


ISTANA BUKIT TANAH

Tempat bersejarah di Kelantan ini dibina sebelum zaman pemerintahan Jepun lagi iaitu sekitar tahun 1910 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad ke-4.  Keluasan tapak istana ini hampir mencecah 3 ekar dan kawasannya dikelilingi oleh pokok-pokok besar yang mana ada di antara pokok-pokok tersebut telah mencecah usia lebih dari 30 tahun.


BANK PITIS

Tempat bersejarah di Kelantan ini adalah sebuah bangunan batu tertua yang terletak di luar pintu masuk ke Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan. Bangunan ini telah dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammaad III (Long Kundur bin Sultan Ahmad pada tahun 1889- 1890).


RUMAH API

Bandar Tumpat dahulunya sebuah bandar pelabuhan yang masyhur di sekitar tahun 1900. Pihak berkuasa pelabuhan (Syahbandar) telah mendirikan rumah api di kawasan-kawasan yang strategik bagi kemudahan para pedagang atau pelayar keluar masuk ke pelabuhan khususnya pada waktu malam.


TOKONG MEK

Tokong Buddha dikenali sebagai Tokong Mek Temple ini terletak di Kampung Cina, Jalan Pantai Cahaya Bulan. Tokong Mek Temple adalah antara tokong yang tertua di Asia dan telah dibina pada tahun 1787.  Ia menjadi kebanggaan penganut Buddha di Kampung Cina, Kelantan malah di Asia.


sumber rujukan; https://ammboi.my/tempat-bersejarah-di-kelantan/





No comments:

Post a Comment

Pengenalan

Tempat bersejarah  di Malaysia yang terkenal banyak boleh anda temui jika bergerak dari satu negeri ke satu negeri seluruh Malaysia. Sungguh...